Prospek Kerjaya
Empat pengkhususan utama bidang perakaunan serta skop pekerjaan berkaitan
Kewangan
Akauntan kewangan akan merujuk maklumat dari lejar am untuk menyediakan penyata kewangan. Mereka juga mengambil bahagian dalam keputusan penting yang melibatkan status kewangan sesebuah perniagaan, juga melibatkan penggabungan dan pengambilalihan, manfaat perkerja, perancangan dan unjuran kewangan jangka panjang.
Pengauditan
Audit merupakan teras kerja perakaunan. Kerjaya pengauditan melibatkan tugas memeriksa lejar perakaunan dan penyata kewangan dalam perniagaan, organisasi dan sebagainya.
Perakaunan Pengurusan
Menyumbang kepada keputusan mengenai belanjawan modal dan analisis perniagaan. Tugas utama termasuk analisis kos, analisis kontrak dan usaha untuk mengawal perbelanjaan. Juga sebagai penyumbang utama kepada keputusan perniagaan, bekerja bersama-sama pengurus pemasaran dan kewangan untuk mengembangkan perniagaan.
Percukaian
Akauntan Cukai menyediakan penyata cukai pendapatan untuk sektor korporat dan peribadi. Mereka juga menyediakan strategi untuk mengurangkan cukai. Memerlukan pemahaman yang menyeluruh mengenai ekonomi dan kod cukai.
Skop Pekerjaan
Antara skop pekerjaan mengikut pengkhususan bidang perakaunan di atas adalah seperti berikut
Kewangan dan pengauditan
- Penyediaan Laporan Kewangan
- Analisis Data Kewangan
- Pengauditan
- Pembuat dasar
- Perunding
- Perancang
- Pegawai Siasatan
Perakaunan Pengurusan
- Perakaunan kos
- Perakaunan Umum
- Bajet
- Audit dalaman
- Perunding
- Pengurus kawalan kewangan
- Bendahari
Percukaian
- Penyediaan perancangan percukaian
- Pembuat dasar
- Pegawai Siasatan
- Perunding
- Penguatkuasaan
- Khidmat Perundangan
- Perancangan hartanah
Lain-lain (bidang-bidang berkaitan perakaunan)
- Perakaunan Forensic
- Perakauan Kewangan Islam
- Penganalisa Transaksi Dagangan
- Pengarah
- Underwritter
- Perancang kewangan
- Pereka sistem kewangan/perakaunan
- Khidmat penggabungan syarikat
- Penilaian Perniagaan
- Khidmat sokongan perundangan
- Keusahawanan
- Setiausaha syarikat