Syarat kemasukan
- STPM – Lulus minimum PNGK 2.00 dan Lulus Penuh dalam 2 mata pelajaran dan Lulus Matematik dan Bahasa Inggeris SPM, atau
- STAM – minimum Jayyid dan Lulus Matematik dan Bahasa Inggeris SPM, atau
- Diploma – Lulus minimum PNGK 2.00, atau
- Diploma Lanjutan – Lulus Tahap 4 atau 5, atau
- Asasi/Matrikulasi – Lulus minimum PNGK 2.00
- Pelajar Antarabangsa – IELTS 5.5 atau setara
Pengenalan Program
Program ini bertujuan melahirkan graduan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang komprehensif dalam bidang pentadbiran perniagaan secara konvensional dan Islamik. Selain itu, program ini diiktiraf oleh Institute of Marketing Malaysia (IMM) dengan menyediakan pengecualian tiga modul bagi graduan Ijazah ini bagi menduduki peperiksaan sijil professional iaitu Certified Professional Marketer (CPM Asia). Di samping itu, pelajar turut memperolehi keahlian profesional IMM sepanjang tempoh pengajian di UnIPSAS di mana pelajar akan didedahkan dengan ilmu dan praktis semasa dalam dunia perniagaan melalui program berbentuk seminar, webinar dan lawatan industri yang dikendalikan oleh IMM dengan kerjasama agensi dan badan korporat tempatan mahupun antarabangsa.
Prospek Kerjaya
Pegawai (Pemasaran/Operasi/Sumber Manusia/Kewangan/Logistik) ,
Perunding Kewangan dan Peruncitan,
Pegawai Pentadbiran,
Eksekutif Produk Perbankan/Insurans,
Eksekutif Pembangunan Perniagaan,
Eksekutif Perekrutan/Penstafan/Latihan,
Eksekutif Jualan/Promosi/Penjenamaan,
Eksekutif Eksport/Import,
Usahawan,
Penolong Pengarah,
Pensyarah / Pendidik / Bidang pendidikan,
Lain–lain jawatan di sektor kerajaan dan swasta
Senarai Kursus
Semester 1
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (U1), Pengajian Fiqh, Kemahiran Al-Quran, General English Proficiency, Al-Arabiyyah Al-I’dadiyyah / Al-Taqadumiyyah, Prinsip Dan Amalan Pengurusan, Prinsip Pemasaran
Semester 2
Hubungan Etnik (U1), Al-Arabiyyah Al-Taqadumiyyah / Al-A’liyyah, Kemahiran Jawi, Asas Perakaunan, Matematik Perniagaan, Prinsip Ekonomi, Pengantar Psikologi
Semester 3
Pemikiran Kritis & Kreatif (U2), Tasawwur Al-Quran & Sunnah, Business Communication, Pengurusan Kewangan, Undang-Undang Perniagaan, Perlakuan Pengguna, Pengurusan Runcit, Pasaran Modal Islam
Semester 4
Pengajian Ilmu Tasawuf (U3), Perakaunan Islam, Gelagat Organisasi, Etika & Tanggungjawab Sosial Korporat, Pengurusan Operasi, Pengurusan Sumber Manusia, Perancangan Zakat dan Cukai, Perakaunan untuk Pengurusan
Semester 5
Kewangan Korporat, Sistem Maklumat Pengurusan, Kaedah Penyelidikan Perniagaan, Pengurusan Strategik, Komunikasi Pemasaran, Perakaunan Zakat, Pelaburan Islam
Semester 6
Khidmat Masyarakat (U4), Pengajian Akidah Islam, Aplikasi Internet Dalam Perbankan, Keusahawanan, Seminar Pengurusan Perniagaan, Perniagaan Antarabangsa, Hubungan Industri, Pembiayaan Perdagangan Antarabangsa Secara Islam
Semester 7
Latihan Industri