+609 553 5555        pro@unipsas.edu.my
Facebook
Twitter
Instagram
Youtube
Staf
Pelajar
Pelawat
IJAZAH SARJANA MUDA MULTIMEDIA (PENGIKLANAN DIGITAL) DENGAN KEPUJIAN (R/213/6/0330A)(MQA/FA9135)(12/29)

Pengenalan Kursus

Dalam era globalisasi kini penggunaan teknologi semakin meluas terutamanya di dalam bidang teknologi media. Sebagaimana yang dilihat pada hari ini, pelbagai aplikasi multimedia yang telah digunakan seperti dalam bidang pendidikan hiburan, belian atas talian, pengiklanan, penerbitan elektronik, perubatan,politik dan kerajaan. Justeru itu , penawaran Kursus pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Pengiklanan Digital) dibangunkan untuk  menghasilkan graduan yang menitikberat kehalusan sesuatu nilai kreatif dalam pembangunan media kreatif supaya  dapat memenuhi permintaan industri.  Multimedia merupakan satu teknologi yang menggabungkan pelbagai sumber maklumat media seperti teks, grafik, bunyi dan sebagainya.

Multimedia  adalah satu proses kreatif yang menggabungkan seni dan teknologi untuk menyampaikan idea dengan menggunakan pelbagai media, proses dan teknik. Ia telah berkembang di luar sempadan tradisional dan kini merangkumi gerakan grafik, komunikasi alam sekitar dan baru media. Graduan akan menghasilkan kerja reka bentuk yang memaparkan inovasi dan kreativiti.

Penawaran Program Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Pengiklanan Digital) dilihat sebagai tepat dalam memenuhi industri kreatif negara dan kelainannya terletak kepada persekitaran islami kerana KUIPSAS mewajibkan pelajar mengambil subjek-subjek berteraskan islam dan penggunaan tulisan jawi menjadi salah satu subjek wajib  dalam struktur penawaran kursus.

Prospek Kerjaya

Antara prospek kerjaya adalah seperti berikut

  • Pereka Pengiklanan
  • Penerbit
  • Pereka Grafik dan Multimedia
  • Jurufoto
  • Pereka Visual
  • Artis Ilustrasi
  • Perancang Media
  • Pereka Laman Web
  • Pereka Animasi
  • Videographer
  • Pereka Aplikasi Mudah Alih

Syarat Kemasukan

Daftar kemasukan anda sekarang

Loading...