Pengenalan Kursus
Program Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Kepujian) yang dirangka di KUIPSAS dilengkapkan dengan dua sijil profesional Islamic Financial Planner (IFP) dan Associate Qualification In Islamic Finance (AQIF) oleh Institut Kewangan dan Perbankan Islam Malaysia (IBFIM). Program 3 dalam 1 ini bakal melahirkan graduan yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mantap dalam bidang kewangan Islam sekali gus memperolehi dua sijil profesional dalam perancangan kewangan Islam sebagai nilai tambah kepada graduan untuk memasuki alam pekerjaan kelak.
AQIF
AQIF dibina bagi melengkapkan seterusnya membantu mereka yang bekerja ataupun ahli praktis bagi meningkatkan tahap kompeten, kemahiran, juga pengetahuan dalam kewangan Islam. Disediakan kepada semua peringkat ahli praktis industri dari eksekutif baru sehingga kepada pengurus. Setiap modul yang dibina adalah merujuk kepada keperluan semasa industri – iaitu pengetahuan kepada asas pengenalan dan falsafah kewangan Islam serta aplikasinya dalam operasi kewangan Islam.
IFP
IFP dirangka khas kepada ahli profesional dan individu yang terlibat dalam segmen runcit bagi produk kewangan dan perbankan Islam. IFP telah dilengkapkan dengan semua keperluan pengetahuan bagi seorang penasihat kewangan bagi pasaran runcit. IFP mendapat akreditasi penuh Finance Accreditation Agency (FAA)
IBFIM
IBFIM – institut perbankan dan kewanga islam, merupakan sebuah institusi pembangunan talen yang mengkhusus dalam industri pensijilan teknikal. Pengiktirfan pensijilan bertujuan untuk memastikan tahap kemahiran teknikal tercapai bagi memenuhi keperluan industri seterusnya melahirkan lebih ramai profesional dalam bidang kewangan islam.
Prospek Kerjaya
Graduan Program Ijazah Kewangan Islam (Kepujian) di KUIPSAS mempunyai prospek kerjaya yang luas dalam pelbagai institusi termasuklah:
- Syarikat Broker dan Sekuriti
- Pengurusan Dana dan Unit Amanah Institusi
- Firma Swasta
- Institusi Perbankan Islam
- Institusi Kewangan
- Institusi Takaful dan Insurans
- Institusi Ekonomi Islam e:g Tabung Haji, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Pusat Pungutan Zakat (PPZ)
- Industri Kecil dan Sederhana (SME)