DIPLOMA PERAKAUNAN (R/344/4/0401)(MQA/A6623)(10/25)
Pengenalan Kursus
Diploma Perakaunan yang ditawarkan oleh Sekolah Pengajian Pengurusan KUIPSAS telah melahirkan graduan yang berupaya memiliki pengetahuan dan menunjukkan kemahiran dalam bidang perakaunan. Bidang perakaunan, yang juga diiktiraf sebagai bidang profesional di Malaysia, memerlukan tenaga kerja separa mahir sebagaimana yang dirancang untuk dihasilkan oleh KUIPSAS dalam memastikan pentadbiran organisasi dapat dijalankan dengan efisyen, serta rekod kewangan dikendalikan dengan tepat dan telus. Ini bersesuaian ke arah membentuk negara Malaysia yang mengamalkan urustadbir korporat yang baik dan beretika.
Prospek Kerjaya
- Penolong Pegawai di sektor awam, Penolong Akauntan, Penolong Auditor, Pembantu Perunding Kewangan Korporat, Pembantu Pegawai Kredit, Pembantu Perunding Cukai, Pembantu Perunding Zakat, Usahawan
Syarat Kemasukan
- Lulus SPM dengan 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran
- Kredit mata pelajaran Matematik
- Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM