DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (R/340/4/0579)(MQA/A6625)(10/25)
Pengenalan Kursus
Diploma Pengajian Perniagaan yang ditawarkan oleh Sekolah Pengajian Pengurusan KUIPSAS telah melahirkan graduan yang berupaya memiliki pengetahuan dan menunjukkan kemahiran dalam asas pentadbiran perniagaan. Sesuai dengan galakan Kerajaan dalam membangunkan sektor swasta, graduan Pengajian Perniagaan KUIPSAS berupaya merancakkan pertumbuhan Industri Mikro, Kecil dan Sederhana dan menambah peluang pekerjaan melalui galakan penglibatan dalam bidang keusahawanan serta kemahiran aspek pengurusan.
Prospek Kerjaya
- Usahawan
- Penolong Pengurus Jualan
- Penolong Pegawai Pemasaran
- Penolong Akauntan
- Penolong Pentadbir
- Penolong Pengurus dalam sektor swasta
- Penolong Pegawai di Jabatan Kerajaan
Syarat Kemasukan
- Lulus SPM dengan 3 kredit/ kepujian atau sijil yang setara
- Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM