+609 553 5555        pro@unipsas.edu.my
Facebook
Twitter
Instagram
Youtube
Staf
Pelajar
Pelawat
IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN (N/344/6/0532)(MQA/PA10084)(04/26)

Prospek Kerjaya

Empat pengkhususan utama bidang perakaunan serta skop pekerjaan berkaitan

Kewangan

Akauntan kewangan akan merujuk maklumat dari lejar am untuk menyediakan penyata kewangan. Mereka juga mengambil bahagian dalam keputusan penting yang melibatkan status kewangan sesebuah perniagaan, juga melibatkan penggabungan dan pengambilalihan, manfaat perkerja, perancangan dan unjuran kewangan jangka panjang.

Pengauditan

Audit merupakan teras kerja perakaunan. Kerjaya pengauditan melibatkan tugas memeriksa lejar perakaunan dan penyata kewangan dalam perniagaan, organisasi dan sebagainya.

Perakaunan Pengurusan

Menyumbang kepada keputusan mengenai belanjawan modal dan analisis perniagaan. Tugas utama termasuk analisis kos, analisis kontrak dan usaha untuk mengawal perbelanjaan. Juga sebagai penyumbang utama kepada keputusan perniagaan, bekerja bersama-sama pengurus pemasaran dan kewangan untuk mengembangkan perniagaan.

Percukaian

Akauntan Cukai menyediakan penyata cukai pendapatan untuk sektor korporat dan peribadi. Mereka juga menyediakan strategi untuk mengurangkan cukai. Memerlukan pemahaman yang menyeluruh mengenai ekonomi dan kod cukai.

Skop Pekerjaan

Antara skop pekerjaan mengikut pengkhususan bidang perakaunan di atas adalah seperti berikut

Kewangan dan pengauditan

  • Penyediaan Laporan Kewangan
  • Analisis Data Kewangan
  • Pengauditan
  • Pembuat dasar
  • Perunding
  • Perancang
  • Pegawai Siasatan

Perakaunan Pengurusan

  • Perakaunan kos
  • Perakaunan Umum
  • Bajet
  • Audit dalaman
  • Perunding
  • Pengurus kawalan kewangan
  • Bendahari

Percukaian

  • Penyediaan perancangan percukaian
  • Pembuat dasar
  • Pegawai Siasatan
  • Perunding
  • Penguatkuasaan
  • Khidmat Perundangan
  • Perancangan hartanah

Lain-lain (bidang-bidang berkaitan perakaunan)

  • Perakaunan Forensic
  • Perakauan Kewangan Islam
  • Penganalisa Transaksi Dagangan
  • Pengarah
  • Underwritter
  • Perancang kewangan
  • Pereka sistem kewangan/perakaunan
  • Khidmat penggabungan syarikat
  • Penilaian Perniagaan
  • Khidmat sokongan perundangan
  • Keusahawanan
  • Setiausaha syarikat

Syarat Kemasukan

Daftar kemasukan anda sekarang

Loading...